Wednesday 31 January 2018

BINA PENEMPATAN HARAM ISRAEL, 206 SYARIKAT DUNIA TERLIBAT

0 comments

GENEVA 31 Jan. - Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) setakat ini telah mengenal pasti sebanyak 206 syarikat yang mempunyai perniagaan membabitkan penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Pejabat UNHRC memaklumkan, sebanyak 143 syarikat beroperasi di Israel atau di kawasan penempatan itu dan sebanyak 22 lagi terletak di Amerika Syarikat (AS) manakala selebihnya terletak di 19 negara lain.

UNHRC menegaskan hubungan perniagaan itu menyebabkan pencabulan hak penduduk Palestin semakin `merebak dan musnah’.

Laporan tersebut bagaimanapun tidak menyebut nama syarikat terbabit namun 64 daripadanya telah dihubungi. - Reuters
Read full post »

KESABARAN YANG TINGGI | KISAH NABI ZULKIFLI عليه السلام

0 comments


وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ
Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahwasanya tidak ada ILAH (yang hak) melainkan Aku [La Ilaha illAllah], maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku".
[Surah Al Anbiya, 21 : 25]


Nabi Zulkifli عليه السلام adalah anak kepada Nabi Ayub عليه السلام. Nama sebenarnya adalah Basyar bin Ayub. Nama Zulkifli diperoleh setelah ia sanggup menjalankan perintah raja. Erti Zulkifli adalah yang mempunyai kesanggupan. Beliau diutus untuk mengajarkan tauhid yang bersih dari kesyirikan dan penyembahan bathil iaitu La ilaha illAllah (tiada Ilah melainkan Allah) kepada kaumnya yang menyembah berhala supaya menyembah Allah Yang Maha Esa, taat beribadah, dan membayar zakat. 


MENJADI RAJA

Pada waktu itu Nabi Ilyasa عليه السلام sebagai Raja di negeri Rom sudah semakin tua dan sudah tidak mampu memimpin negerinya. Sayangnya, Nabi Ilyasa عليه السلام tidak mempunyai pewaris yang akan menggantikan kedudukannya sebagai raja. Oleh kerana itu Raja membuat suatu pengumuman. Barangsiapa yang sanggup berpuasa  pada siang hari dan beribadah pada malam hari ia akan diangkat menjadi raja. Raja itu juga harus sentiasa bersabar dalam menghadapi segala urusan.

Hanya Basyar yang sanggup menerima syarat tersebut. Lalu, Raja Nabi Ilyasa عليه السلام memberi Basyar dengan gelaran Zulkifli. Nabi Zulkifli عليه السلام adalah seorang Raja yang sangat sabar. Pada  siang hari Nabi Zulkifli عليه السلام berpuasa dan pada malam hari  menjalankan ibadah. Meskipun demikian, dia tetap bertanggungjawab memimpin negerinya. Kesabaran yang dimiliki Nabi Zulkifli عليه السلام telah membuatnya menjadi seorang raja. Seperti apa yang diucapkan Nabi Ibrahim عليه السلام dan Nabi Ishaq عليه السلام, semua keturunannya akan menjadi pemimpin bagi semua kaumnya.

Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari jalan Dawud bin Abi Hind, dari Mujahid, bahwa ia berkata: Ketika usia Ilyasa’ sudah tua, ia berkata, “Wahai sekiranya aku mengangkat seseorang untuk memimpin manusia di masa hidupku agar aku melihat tindakannya?”

Maka ia mengumpulkan orang-orang dan berkata, “Siapakah yang siap menerima tiga tugas dariku, maka aku akan mengangkatnya sebagai pemimpin; berpuasa di siang hari, shalat di malam hari, dan tidak marah.”

Lalu ada seorang yang berdiri yang dipandang hina di mata manusia dan berkata, “Saya.” Beliau bertanya, “Apakah kamu (siap) berpuasa di siang hari, melakukan shalat di malam hari dan tidak marah.” Ia menjawab, “Ya.” Maka Beliau menyuruh orang-orang kembali pada hari itu, dan pada hari selanjutnya, beliau berkata lagi seperti itu, lalu orang-orang terdiam, dan orang (yang kemarin siap) itu berdiri dan berkata, “Saya.” Maka Beliau mengangkatnya sebagai pemimpin.

Nama Nabi Zulkifli عليه السلام disebut dalam Surat Sad ayat 48 sebagai orang yang paling baik.
Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa' dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik.
[Surah As Sad, 38 : 48]


IBLIS MENCABAR KESABARAN

Pada suatu ketika. Nabi Zulkifli عليه السلام pernah diganggu iblis. Sang Iblis menyamar sebagai manusia. Pada malam hari ketika Nabi Zulkifli عليه السلام hendak tidur, iblis yang menjelma sebagai musafir itu bertamu  ke istana Nabi Zulkifli Alaihi Salam.

Pada awalnya, penjaga istana meminta  musafir itu kembali pada pagi hari. Namun, musafir tetap berkeinginan untuk bertemu Nabi Zulkifli عليه السلام. Dengan sabar, Nabi Zulkifli عليه السلام menemui musafir itu dan mendengar keluh kesahnya. Musafir  itu mengatakan bahwa seseorang telah menganiaya dirinya. Nabi Zulkifli عليه السلام meminta musafir  ini untuk datang pada malam hari berikutnya sehingga kedua belah pihak dapat menyelesaikan permasalahan itu.

Pada hari berikutnya, musafir  itu justeru datang pada pagi hari. Ia mengeluhkan hal yang sama. Kemudian, Nabi  Zulkifli عليه السلام meminta  musafir  itu untuk datang hari berikutnya pada pagi hari. Namun pada pagi hari berikutnya, musafir itu tidak datang. Ia datang pada  malam hari. Pada saat itu Nabi Zulkifli عليه السلام  masih terus bersabar dengan tingkah laku tamunya. Ia tetap menemui tamu tersebut dengan baik. Iblis merasa kecewa karena Nabi Zulkifli عليه السلام sama sekali tidak marah.


TAKUT MATI

Nabi Zulkifli Alaihi Salam diutus oleh Allah سبحانه و تعالى kepada kaum Rom agar menyampaikan risalah La ilaha illAllah dengan mengingati Allah dan tidak mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala. 

Pada suatu masa, negeri ini sedang menghadapi peperangan dengan kaum yang menderhakai Allah Subhanahu wa ta'ala. Nabi Zulkifli عليه السلام memerintahkan seluruh rakyatnya berperang. Namun, mereka tidak mahu pergi berperang kerana takutkan mati. Mereka meminta Nabi Zulkifli عليه السلام berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى agar umur mereka masih panjang. Baru setelah itu mereka mahu berangkat berperang.

Nabi Zulkifli عليه السلام berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى untuk  memanjangkan umur rakyatnya, Allah mengabulkan doanya. Akhirnya peperangan itu dimenangi oleh Nabi Zulkifli عليه السلام dan para pengikutnya yang beriman. Dan tidak ada satu orangpun dari mereka yang gugur dalam peperangan. 

Rakyat Nabi Zulkifli عليه السلام berumur panjang. Namun tanah dan makanan tidak mencukupi kerana rakyat yang banyak. Akhirnya, rakyat Syam menyedari kekeliruannya. Mereka menghadap kepada Nabi Zulkifli عليه السلام. Mereka menyatakan untuk mencabut permohonan mereka sebelum itu. Mereka menyerahkan urusan kematian kepada Allah سبحانه و تعالى. Mereka meminta Nabi Zulkifli عليه السلام menyampaikannya kepada Allah سبحانه و تعالى. Nabi Zulkifli عليه السلام pun berdoa kepada Allah سبحانه و تعالى.

Permohonan Nabi Zulkifli عليه السلام dan rakyatnya dikabulkan. Mereka dapat menjalani kehidupan secara normal. Ada kelahiran, ada pula kematian. Itulah takdir dari Allah سبحانه و تعالى. Rakyatnya semakin giat mendukung Nabi Zulkifli عليه السلام dalam menyebarkan dakwah kalimah tauhid La ilaha illAllah.

Seperti itulah tingkat kesabaran Nabi Zulkifli عليه السلام sehingga Allah memujinya. Dalam Surat Al-Anbiyaa  ayat 85, Allah menggolongkan Nabi Zulkifli عليه السلام  sebagai orang yang sabar.


Dan (ingatlah kisah) Ismail, Idris dan Zulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar.
[Surah As Sad, 38 : 48]

Read full post »

Saturday 13 January 2018

BANJIR BESAR & KEBULURAN KERANA MENOLAK DAKWAH | KISAH NABI ILYASA عليه السلام

0 comments
Image result for tsunami

Nabi Ilyas عليه السلام diutus kepada penduduk Baalbek, sebelah barat Kota Damaskus (Libanon Timur sekarang). Dia mengajak kaumnya beribadah hanya kepada Allah dengan tidakan mensyirikkanNya dan meninggalkan penyembahan terhadap patung yang mereka namakan Ba`la. Hal inilah yang mengakibatkan mereka menganiayanya. Ibnu Abbas mengatakan bahwa Nabi Ilyas عليه السلام adalah paman Nabi Ilyasak عليه السلام.

Dan Kami tidak mengutus sebelummu seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Ilah melainkan Aku (Laa ilaha IllAllah); oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".(Surah Anbiya 21:25)

Namun betapapun gigihnya  Nabi Ilyas عليه السلام berdakwah, kaumnya tidak mau mendengarkannya. Maka Allah menghukum mereka dengan azab didunia dan akhirat.

Selepas kematian  Sulaiman عليه السلام, kerajaan telah mengalami perpecahan. Pengaruh syaitan telah berleluasa. Manusia yang beragama diejek-ejek. Undang-undang Somaria telah membunuh kebanyakan golongan yang mengetahui dan mengikuti akidah yang sebenar. Pengaruh kejahatan menjadi semakin buruk dan Allah telah menghantar  Nabi Ilyas عليه السلام  untuk memulihkan manusia pada zaman pemerintahan Raja Ahab dari Israil. Baginda berusaha berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan manusia daripada mempercayai banyak Ilah-ilah dan melarang mereka menyembah Tyrian Bal.

Baginda juga menasihati manusia untuk menyembah Allah yang ilahun wahid dan mengelakkan diri daripada melakukan kejahatan. Apabila usahanya tidak dihiraukan dan tidak membuahkan hasil, baginda tiba-tiba muncul sebelum raja dan tukang tiliknya memberitahu yang arus deras dan kebuluran akan melanda negeri tersebut. Baginda juga memberitahu yang Tyrian Bal tidak mempunyai kuasa untuk menahan bencana tersebut. Para penduduk tidak mengendahkan amarannya dan tidak mengubah kepercayaan mereka. Kerana  Nabi Ilyas عليه السلام akhirnya terbukti benar dan seluruh negeri dilanda banjir besar dan rakyat mengalami kebuluran. Selepas dua tahun,  Nabi Ilyas عليه السلام memohon Allah mengurniakan belas kasihan dan keampunan-Nya kepada penduduk yang kebuluran itu. Mereka telah mengakui kekuasaan Allah dan berasa sangat menyesal.

Sejurus selepas arus deras berhenti dan Allah telah menarik balik sumpahannya, Allah telah menyuruhnya memanggil al-Yas'a menggantikannya. Baginda melaksanakan perintah Allah dengan penuh ketaatan dan hilang secara misteri. Terdapat satu petikan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

" Dan ingatlah akan Ismail, Ilyasa dan Zulkifli. Semuanya termasuk orang-orang yang paling baik" (Shaad, 28: 48) 

Sumber : http://watawasaubilhaq.blogspot.my
Read full post »
 

Copyright © ROJAK SAMBAL Design by Free CSS Templates | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger